Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Sugandoi jadi platform lahir bakat seni di Putatan – Shah Alfie


Read Time:1 Minute, 3 Second

PUTATAN: Pertandingan Sugandoi atau nyanyian lagu-lagu Kadazandusun yang diadakan sempena Pesta Kaamatan berpotensi membuka ruang kepada bakat-bakat terpendam di Putatan untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan nasional pada masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, berkata meskipun pertandingan itu diadakan sekali setahun, ia telah terbukti melahirkan penyanyi berbakat di Sabah, termasuk mereka yang kini mempunyai tempat dalam industri hiburan tempatan.

Beliau berkata, sehubungan itu, acara kebudayaan seperti ini perlu terus didukung sepenuhnya kerana ia memainkan peranan penting dalam memartabatkan kepelbagaian bahasa dan budaya di Sabah, khususnya semasa sambutan Kaamatan.

“Pertandingan Sugandoi ini kita lihat semakin mendapat tempat bukan sahaja di kalangan masyarakat Kadazandusun, Murut and Rungus bahkan ia juga telah merentasi peminat-peminat hiburan tanah air.

“Keunikan pertandingan ini juga berharga buat rakyat Sabah kerana hanya berlangsung setiap kali sambutan Pesta Kaamatan, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Sugandoi Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat 2026 di Dewan Serbaguna Kg Potuki, Potuki, dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama adalah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat, Latip Jiar.

Seramai lapan peserta menyertai Pertandingan Sugandoi Peringkat DUN Tanjung Keramat 2026, dengan para pemenang akan bertanding di pentas Pertandingan Sugandoi Peringkat daerah Putatan yang akan diadakan pada hari kemuncak Pesta Kaamatan hujung Mei nanti.

LEAVE A RESPONSE