Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

DUN Sabah : Tapak perkuburan berpusat, atasi kekangan ruang di Sandakan


Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan menyediakan tapak perkuburan Islam berpusat seluas 65 ekar di Sandakan bagi mengatasi kekurangan kawasan perkuburan sedia ada yang semakin kritikal.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih berkata, Taman Perkuburan Ar Raudah Batu 11 itu dibangunkan sebagai solusi jangka panjang bagi menampung keperluan masyarakat Islam di daerah berkenaan.

Beliau berkata, kawasan berkenaan dianggarkan boleh menampung sehingga 36,400 lot perkuburan.

“Inisiatif tersebut dilaksanakan susulan beberapa kawasan perkuburan termasuk di Kampung Berhala Darat telah mencapai kapasiti maksimum dan tidak lagi mampu menampung keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Alex Thien Ching Qiang (Warisan- Tanjong Papat) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Isnin berkata, kawasan tambahan yang tersedia berhampiran tapak sedia ada juga didapati terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk penyelesaian jangka panjang.

Sehubungan itu, Isnin berkata, pembangunan tapak baharu secara berpusat dilihat lebih efektif dalam memastikan pengurusan tanah perkuburan dapat dilaksanakan secara tersusun, sistematik dan mampan. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE