Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

DUN Sabah: 180 hari cukup untuk putuskan isu 40 peratus – Roger


Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Tempoh 180 hari adalah mencukupi untuk mencapai keputusan semakan semula berhubung isu hak 40 peratus sekiranya rundingan dilaksanakan secara serius.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Roger Chin berkata, sepanjang tempoh 180 hari itu hanya empat mesyuarat diadakan dan daripada jumlah tersebut, tiga merupakan mesyuarat teknikal.

Katanya, keadaan itu menunjukkan tiada kesungguhan sebenar untuk merundingkan angka secara serius, apatah lagi apabila hanya satu mesyuarat diadakan dalam setiap 40 hari.

“Ini jelas menunjukkan pihak-pihak terlibat tidak serius untuk mencapai satu keputusan dalam tempoh 180 hari yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Roger berkata, sekiranya pihak berkenaan benar-benar serius, mesyuarat sepatutnya diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, jika tidak dua kali seminggu, bagi memastikan rundingan dapat dimuktamadkan dalam tempoh berkenaan.

Pada 17 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi memerintahkan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan semakan semula bersama Kerajaan negeri Sabah berhubung 40 peratus hasil bersih persekutuan yang dikutip dari Sabah.

Semakan tersebut hendaklah dijalankan bagi setiap tahun kewangan berturut-turut (consecutive financial year) dari tahun 1974 hingga tahun 2021, dalam tempoh 90 hari dan persetujuan antara kedua-dua kerajaan hendaklah dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah Mahkamah keluarkan.

LEAVE A RESPONSE