Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Ops Tiris 4.0: Helah jual semula petrol dan diesel terbongkar


TUARAN: Cubaan menyeleweng barang kawalan terbongkar apabila sejumlah minyak disyaki petrol dan diesel bersama peralatan berkaitan dirampas dalam satu operasi bersepadu di Kampung Taun Gusi Padang, Kota Belud.

Rampasan itu telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tuaran oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 Kinarut hari ini untuk siasatan lanjut.

KPDN Sabah dalam satu kenyataan berkata, rampasan tersebut adalah hasil pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), iaitu operasi bersepadu antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan barang kawalan, khususnya petrol dan diesel.

“Kes yang berlaku di sebuah kedai tidak bernombor di Kg Taun Gusi Padang, Kota Belud ini melibatkan rampasan minyak disyaki petrol dan diesel bersama beberapa peralatan berkaitan.

“Modus operandi yang dikesan ialah membeli barang kawalan di stesen minyak berdekatan sebelum dijual semula kepada orang awam pada harga lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, KPDN memaklumkan, kerjasama strategik melalui Ops Tiris 4.0 akan terus diperkukuh bersama agensi penguatkuasaan lain bagi mengekang aktiviti penyelewengan barang kawalan yang menjejaskan kepentingan pengguna. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE