Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Bantuan pantas ringankan beban mangsa kebakaran di Sandakan


Read Time:1 Minute, 5 Second

SANDAKAN :  Bantuan segera yang disalurkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia menjadi bukti jelas keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat yang ditimpa bencana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Musa, berkata pemberian bantuan awal sebanyak RM2,000 oleh kerajaan mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan mangsa sentiasa terbela.

“Bantuan RM2,000 daripada kerajaan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan, dan saya mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan,” katanya ketika ditemui di sini, pada Jumaat.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, sehari selepas kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Hazem berkata pihaknya turut bertindak pantas dengan menggerakkan jentera di kawasan Sungai Manila bagi membantu mangsa terjejas.

“Saya telah mengarahkan jentera Sungai Manila untuk turun padang membantu mangsa, termasuk menyediakan bakul makanan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu berkata, syarikat itu turut tampil menyalurkan sumbangan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menurutnya, bantuan yang disalurkan adalah berdasarkan keperluan sebenar mangsa seperti yang dikenal pasti oleh jawatankuasa bencana.

“Kita menyalurkan sumbangan mengikut senarai keperluan dan menyerahkannya kepada jawatankuasa berkaitan untuk diagihkan kepada mangsa,” katanya.

Tambah beliau, selain Kumpulan Sawit Kinabalu, sumbangan turut disalurkan oleh Pejabat ADUN Sungai Manila serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meringankan beban mangsa kebakaran.

LEAVE A RESPONSE