Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

UNK 2026 hanya tampil 25 finalis di peringkat akhir


Oleh Erdie Ab Wahid

PENAMPANG: Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) pada tahun ini hanya akan menampilkan seramai 25 peserta terbaik untuk bertanding di peringkat akhir pada 31 Mei.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, pemilihan peserta akhir yang dipilih akan melalui sesi pra-penjurian pada 30 Mei sebelum tampil dipentas akhir di Dewan Hongkod Koisaan di sini.

“Pertandingan UNK negeri akan melaksanakan sesi pra-penjurian pada 30 Mei 2026. Seramai 25 peserta terbaik akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir pada 31 Mei 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Pesta Kaamatan bagi tahun 2026 di Dewan Tan Sri Pairin, Hongkod Koisaan KDCA di sini pada Selasa.

Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah berkata, ia adalah sebagai usaha meningkatkan kualiti dan daya saing pertandingan.

Pesta Kaamatan akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Mei di Papar, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri acara utama pada 30 Mei, manakala Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman pada 31 Mei. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE