Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Program sulung cetus impak, Cahaya Aidilfitri Tg Keramat dapat sambutan padu – Shahelmey


Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN: Pertandingan Cahaya Aidilfitri Tanjung Keramat melabuhkan tirai dengan dua pemenang utama masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500 berserta hamper.

Mempertandingkan dua kategori iaitu lampu pelita ‘susul’ dan lampu berhias, pertandingan berkenaan disertai seramai 45 orang peserta melibatkan tujuh lokaliti kampung sekitar Tanjung Keramat.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya berpuas hati dengan penganjuran program tersebut yang dilihat berjaya mencapai objektif, meskipun ia julung kali diadakan.

“Kita menerima idea untuk mengadakan program ini dari pihak pengurusan Pejabat DUN, UPPM Tanjung Keramat dan seterusnya dengan mendapat kerjasama daripada Pejabat Parlimen Putatan.

“Pada mulanya, kami hanya menyasarkan sekitar 30 penyertaan sahaja namun ia mendapat sambutan hingga 45 penyertaan.

“Insyallah program ini akan diteruskan di masa akan datang dan ianya akan diperbaiki dari semasa ke semasa, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan hadiah utama di Kampung Pituru,Taman Pantai Lok Kawi, di sini, pada Rabu.

Untuk rekod, pemenang bagi kategori pelita ‘susul’ dimenangi oleh Mazlan Mayut dari Kampung Pituru, diikuti naib johan Mohd Khairi Abd Latip dari Kampung Pasir Putih, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Annas Mahadzir dari Kampung Lembising.

Pemenang kategori ini membawa pulang wang tunai RM1,500 berserta hamper, tempat kedua RM1,000 berserta hamper dan tempat ketiga RM800 berserta hamper.

Bagi kategori lampu berhias (color light), Baijuri Deris dari Kampung Muhibbah muncul juara, diikuti Shahrizal Azman dari Kampung Contoh selaku naib johan, manakala Rina M Abdullah dari Kampung Contoh menduduki tempat ketiga.

Pemenang kategori berkenaan turut membawa pulang wang tunai RM1,500 berserta hamper, tempat kedua RM1,000 berserta hamper dan tempat ketiga RM800 berserta hamper.

Pertandingan Cahaya Aidilfitri Tanjung Keramat melibatkan tujuh buah kampung iaitu Kampung Lembising, Kampung Muhibbah, Kampung Contoh, Kampung Meruntum, Kampung Pituru, Kampung Pasir Putih dan Kampung Sri Pandan, yang berlangsung dari 10 Mac hingga 18 Mac.

LEAVE A RESPONSE