Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

WHSB catat prestasi kewangan terbaik

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Wisma Harta Sdn Bhd (WHSB) berjaya mencatat prestasi kewangan memberangsangkan apabila berjaya membayar zakat perniagaan serta dividen kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih berkata, prestasi kewangan syarikat yang telah ditubuhkan sejak 39 tahun lalu itu menunjukkan perkembangan positif apabila mencatatkan pendapatan kira-kira RM3.4 juta pada tahun lalu.

“Alhamdulillah, Wisma Harta berjaya membayar dividen bagi tahun 2025 sebanyak RM5,000 selain Zakat Perniagaan sebanyak RM25,000 bagi tahun lalu.

“Selain itu, Wisma Harta turut membayar tunggakan kutipan sewa tahun 2025 sebanyak RM600,000 serta wakaf tunai berjumlah RM5,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga Wisma Harta Sdn. Bhd Bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih dan Majlis Penyerahan Bayaran Dividen Hasil Pendapatan, Zakat Perniagaan Serta Wakaf Syarikat WHSB Kepada MUIS di sini pada Isnin.

Hadir sama, Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin dan Pengerusi WHSB Datuk Ramlan Awang Ali.

Isnin berkata, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan WHSB serta kepimpinan MUIS yang berjaya meningkatkan prestasi syarikat berkenaan.

Katanya, sejak pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini berjaya meningkatkan pendapatan termasuk yang berada di bawah MUIS dan badan-badan berkanun lain.

“Ini menunjukkan ketelusan dalam cara kita bekerja, mentadbir dan mengurus pentadbiran yang membolehkan syarikat-syarikat ini memperoleh pendapatan yang baik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji turut menyarankan agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan di Sabah mencontohi langkah Wisma Harta dengan menunaikan zakat perniagaan.

Menurutnya, selain memperoleh keberkatan, pembayaran zakat juga mampu membantu meningkatkan hasil yang dapat dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat dan pembangunan negeri. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE