Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Desa Group sumbang bekalan makanan bagi Program Dapur Siswa UMS

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Kumpulan Desa (Desa Group of Companies), menyampaikan sumbangan bekalan makanan bagi Program Dapur Siswa di Kolej Kediaman Tun Fuad, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengerusi Kumpulan Desa, Tan Sri Liew Yun Fah, berkata inisiatif itu menunjukkan keprihatinan syarikat terhadap kebajikan pelajar kurang berkemampuan, terutama mereka yang datang dari luar bandar dan berdepan kekangan kewangan.

“Program Dapur Siswa yang diperkenalkan UMS ini sangat bermanfaat. 

“Sumbangan Desa Group diharap dapat memastikan pelajar mendapat bekalan makanan harian mereka dengan lebih mudah,” katanya ketika ditemui di kolej kediaman berkenaan di sini pada Selasa.

Menurut Liew, pelajar juga dibenarkan membawa bahan mentah sendiri sebagai lauk tambahan sekiranya berkemampuan atau mempunyai keperluan khusus. 

“Langkah ini memberi fleksibiliti kepada pelajar untuk menyesuaikan hidangan mengikut citarasa dan keperluan masing-masing,” katanya.

Beliau menambah, kerjasama antara GLC negeri dan institusi pengajian tinggi seperti UMS adalah contoh usaha proaktif dalam menyokong kesejahteraan pelajar serta memperkukuh hubungan antara sektor korporat dan pendidikan.

“Sebagai syarikat milik kerajaan negeri, kami berasa tanggungjawab untuk memastikan pelajar yang kurang berkemampuan tidak terpinggir. Program sebegini adalah platform tepat untuk menyumbang,” katanya.

Program Dapur Siswa kini menjadi salah satu inisiatif utama UMS dalam menyediakan bantuan makanan harian kepada pelajar di kolej kediaman, khususnya bagi mereka yang datang dari luar bandar dan menghadapi cabaran kewangan.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof Dr Raman Noordin, bagi menyaksikan penyerahan sumbangan itu secara rasmi.

LEAVE A RESPONSE