Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

SAN Apas Balung model baharu sekolah agama berteknologi AI – Hajiji

Read Time:1 Minute, 33 Second

TAWAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung sebagai model baharu pembangunan pendidikan agama di Sabah, khususnya dengan penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) selari perkembangan semasa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menandatangani plak bagi merasmikan Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung baharu di Taman Sawit Balung, Tawau pada Ahad. – Foto ihsan JKM

Beliau berkata, pembinaan sekolah berkenaan yang siap dalam tempoh hanya tiga bulan hasil sumbangan pelbagai pihak membuktikan komitmen masyarakat terhadap pembangunan pendidikan agama di negeri ini.

“Saya tertarik atas usaha membina sekolah ini yang siap dalam masa tiga bulan sebagai permulaan, sebelum disusuli bantuan kerajaan untuk membesarkannya,” katanya ketika merasmikan SAN Apas Balung di Taman Sawit, Balung, pada Ahad.

Hajiji berkata, penggunaan teknologi AI di sekolah agama tersebut merupakan satu langkah ke hadapan yang wajar dicontohi institusi pendidikan lain.

“Saya tertarik hati, ini sekolah agama yang pertama menggunakan AI, ia sangat menarik. Inilah zaman yang kita hadapi pada masa akan datang ini, teknologinya serba canggih dan bukan saja di sekolah biasa, tapi di sekolah agama juga,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut menyokong cadangan pengurusan sekolah berkenaan untuk menubuhkan sekolah menengah agama sebagai kesinambungan pendidikan kepada pelajar lepasan sekolah rendah agama.

“Ia satu cadangan yang cukup baik kerana bagi kita sekolah menengah agama perlu diperluaskan atau ditambah lagi bilangannya di Sabah kerana keperluan masyarakat Islam amat tinggi.

“Perancangan itu cukup baik, sekolah menengah dan seterusnya mungkin universiti Islam dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap EXCO Agama negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk James Ratib serta Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Sementara itu, Hajiji yang turut menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Ansar, Taman Sawit Balung, menyampaikan sumbangan daripada Bahagian Zakat kepada golongan asnaf yang layak.

LEAVE A RESPONSE