Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

5,081 graduan bakal diraikan pada Konvokesyen UMS ke-28

KOTA KINABALU: Seramai 5,081 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke-28 yang dijadual berlangsung selama empat hari, bermula 28 November hingga 1 Disember 2026.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Raman Noordin berkata, jumlah itu merangkumi graduan daripada pelbagai peringkat pengajian, termasuk pascasiswazah, sarjana muda dan diploma.

Menurutnya, pihak universiti berharap majlis berkenaan dapat berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang, selain menjadi detik bermakna kepada para graduan yang bakal meraikan kejayaan mereka bersama ibu bapa dan keluarga.

Profesor Dr. Raman Noordin

“Pada masa sama, majlis itu menjadi peluang untuk meraikan kejayaan para graduan bersama ibu bapa dan keluarga selepas menamatkan pengajian masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Dalam pada itu, Raman berkata UMS setakat ini telah melahirkan kira-kira 100,000 alumni, termasuk 5,081 graduan yang bakal diraikan pada majlis konvokesyen kali ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Datuk Dr. Rossita Shapawi dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly.

LEAVE A RESPONSE