Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Warga Asing Ditahan Selepas Kemalangan Maut di Jalan Papar Lama Penampang – Sabah News





PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun ditahan polis selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terbabas sendiri di Jalan Papar Lama berhampiran Kem Lok Kawi, Putatan, petang Rabu, mengakibatkan seorang penumpang tempatan maut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu melibatkan tiga penumpang lelaki berusia antara 30 hingga 69 tahun.

“Siasatan awal mendapati kenderaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Seorang penumpang hadapan lelaki tempatan berusia 69 tahun tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pemandu warga asing itu bersama dua penumpang belakang tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu demi keselamatan semua pihak.




LEAVE A RESPONSE