Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Ketua Menteri doakan kesembuhan Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan doa dan simpati agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag Datuk Seri Bung Mokhtar Radin diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan yang sedang beliau jalani.

Dalam kenyataannya, beliau turut mendoakan agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu serta seluruh ahli keluarganya dikurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.

“Saya mendoakan agar YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan beliau.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan kepada beliau serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Hajiji berkata, setiap dugaan yang dihadapi pasti mempunyai hikmah tersendiri dan diiringi dengan doa agar Bung Moktar dapat segera pulih serta kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.

“Sesungguhnya setiap dugaan ada hikmahnya, insha-Allah, mudah-mudahan beliau segera pulih dan kembali seperti sediakala,” katanya.

Bung Moktar, baru dipilih sebagai ADUN Lamag pada Pilihan Raya Umum Sabah (PRU Sabah) 29 November lalu, kini menerima rawatan rapi setelah dimaklumkan berada dalam keadaan kritikal oleh keluarganya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE