Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Gelombang sokongan meningkat, penyokong PN beralih ke GRS

Oleh Silar Pinikit

NABAWAN: Kempen hari terakhir Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 bagi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, menyaksikan penyertaan lebih 50 penyokong baharu daripada Perikatan Nasional (PN).

Kumpulan tersebut diketuai oleh Binus Ansimin dari Kampung Bahagia dan Karundung Andatong dari Kampung Dua Ria, Nabawan.

Mereka menjelaskan bahawa keputusan meninggalkan PN dibuat atas kesedaran sendiri selepas menilai rekod perkhidmatan Abdul Ghani sebagai penyandang kerusi DUN Nabawan, yang disifatkan sebagai konsisten membela kepentingan rakyat.

Abdul Ghani (tengah) merakam kenangan bersama para penyokong

Kempen hari terakhir itu turut menyaksikan kehadiran luar biasa para penyokong, sekali gus meningkatkan momentum menjelang hari pengundian bagi calon GRS N.46 Nabawan.

Abdul Ghani dalam ucapannya menyatakan keyakinan bahawa sokongan besar yang diterima itu menjadi petanda positif kepada kemenangan GRS di Nabawan.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS), Likin Simin; Timbalan Ketua Bahagian STAR, Ami Talu; serta kepimpinan kedua-dua parti komponen GRS dan barisan pimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Nabawan.

Selain itu, kehadiran golongan profesional daripada kalangan anak muda Nabawan turut memperkukuh keyakinan terhadap sokongan generasi baharu kepada calon GRS.

LEAVE A RESPONSE