Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

140 PATI warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Seramai 140 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia, menggunakan feri komersial.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pemindahan itu melibatkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Depot Imigresen Papar menerusi program pemindahan tahanan PATI melalui laluan laut bagi tahun 2026.

Daripada jumlah itu, 96 adalah lelaki dewasa, 30 wanita dewasa, 12 kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, dengan lingkungan usia antara satu hingga 70 tahun.

Semua kanak-kanak yang terlibat dalam program berkenaan turut diiringi ibu bapa atau pengiring masing-masing.

Terdahulu, pada 12 Oktober lalu, seramai 29 PATI warga Filipina dipindahkan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu ke Manila, Filipina, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Mereka terdiri daripada 23 lelaki dewasa, lima wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

Pada tarikh sama, tujuh warga China membabitkan empat lelaki dewasa dan tiga wanita dewasa turut dipindahkan ke Guangzhou, China, melalui laluan udara dari KKIA.

Menurut JIM Sabah, setakat ini seramai 1,769 warga Indonesia, 4,003 warga Filipina, 132 warga Pakistan, 139 warga China, 25 warga Vietnam dan 23 warga negara lain telah dipindahkan ke negara asal masing-masing.

Jabatan itu memaklumkan semua tahanan terbabit telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan serta memiliki Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) yang sah bagi melayakkan mereka mengikuti proses pemindahan ke negara asal.

Sehubungan itu, JIM Sabah menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap persekitaran komuniti serta tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI.

Orang ramai juga diminta segera melaporkan kegiatan PATI melalui saluran rasmi jabatan.

LEAVE A RESPONSE