Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Inkues Zara: Mahkamah Koroner dikejutkan dengan kewujudan dokumen ‘tersembunyi’


Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, dikejutkan dengan pendedahan baharu mengenai kewujudan dokumen yang disimpan dalam fail Unit Disiplin sekolah.

Dokumen tersebut merupakan keterangan bertulis oleh pelajar-pelajar bertarikh 17 Julai 2025, iaitu dua hari selepas kejadian, yang dikatakan mengandungi catatan sebenar mereka tentang apa yang berlaku pada hari kejadian.

Pendedahan itu dibuat oleh Nur Shukriah Mohd Fauzi, saksi ke-53, susulan satu soalan daripada peguam Farah Nasser hari ini.

Koroner Amir Shah Amir Hassan serta semua pihak yang hadir terkejut, kerana dokumen itu hanya  didedahkan apabila saksi ke-53 tampil, meskipun terdapat guru-guru yang didakwa mengetahui kewujudannya tetapi tidak memaklumkan sepanjang prosiding.

Dokumen penting itu juga dikatakan tidak pernah diberikan kepada pihak polis.

Berikutan perkembangan baharu itu, Koroner memutuskan agar prosiding inkues disambung pada esok namun hanya untuk sebutan sahaja.

Susulan perkembangan terbaharu itu, Koroner mengarahkan semua pegawai pengendali dan pihak berkepentingan untuk berbincang dan mencadangkan satu tarikh yang sesuai bagi menjalankan lawatan ke sekolah (locus in quo).

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang berlaku kepada Zara di dalam dormnya, di kawasan bersebelahan dorm, serta di tandas asrama.

Setakat hari ini, 53 saksi telah memberi keterangan dalam inkue kematian Zara.

Zara ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asramanya pada 16 Julai dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

LEAVE A RESPONSE