Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Mau Tanding di Moyog? PKR Penampang Tempelak Donald Mojuntin: “Jangan Langkau Proses PH” – Sabah News

PENAMPANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Penampang memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba membuat pengumuman unilateral mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, tanpa melalui saluran rasmi Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan itu menyusul selepas Datuk Donald Peter Mojuntin menyuarakan hasrat untuk bertanding di DUN Moyog dalam satu kenyataan media baru-baru ini. PKR menyifatkan kenyataan tersebut sebagai melangkaui semangat permuafakatan dalam gabungan PH.

“Semua pihak dalam Pakatan Harapan wajib menghormati proses rundingan kerusi sebagaimana digariskan dalam polisi rasmi gabungan ini,” tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan Penampang, Eldridge Laurence Timis, yang juga Naib Ketua Cabang PKR Penampang.

Beliau menegaskan bahawa kerusi Moyog secara tradisinya adalah milik PH dan perkara itu adalah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, sebarang kenyataan berhubung agihan kerusi mestilah hanya dibuat berdasarkan keputusan Majlis Presiden PH, bukannya secara unilateral oleh mana-mana individu atau parti.

“Tindakan melangkaui proses rasmi ini boleh mencetus kekeliruan di kalangan rakyat serta menggugat keharmonian dan kekuatan gabungan,” tegasnya.

PKR turut mengingatkan UPKO agar tidak mendahului proses rasmi gabungan dan menghormati saluran sedia ada.

“PKR akan menyokong mana-mana calon PH yang dipersetujui untuk bertanding di Moyog, namun dalam masa sama tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan hak kerusi itu berdasarkan konsensus gabungan.

“Kita teguh dalam prinsip muafakat, demi kemenangan bersama,” katanya lagi.

LEAVE A RESPONSE