Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PRU DU Sabah: Jentera GRS Sukau pastikan kekuatan terus kukuh dan mantap

SANDAKAN: Jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.59 Sukau terus memperkukuh kekuatan dan kesiapsiagaan menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17 melalui lawatan kerja dan mesyuarat di Kampung Litang, baru-baru ini.

Lawatan kerja itu diketuai oleh Emerson Dawang yang mewakili Ketua Bahagian GRS Sukau, Datuk Juhari Janan, bertujuan memastikan kesiapsiagaan Bilik Gerakan GRS serta memperkukuh semangat perjuangan di peringkat akar umbi.

Selain meninjau operasi Bilik Gerakan, rombongan turut mengadakan mesyuarat Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Litang, yang dihadiri ketua-ketua cawangan GRS bagi membincangkan strategi dan pengisian program menjelang PRN.

Lawatan itu turut disertai oleh OKK Ramsah Jakaria serta Ahli Jawatankuasa GRS DUN N.59 Sukau yang lain.

Menurut kenyataan GRS Sukau hari ini, semangat perjuangan dalam kalangan ahli dan petugas jentera terus diperkukuh bagi memastikan kekuatan jentera GRS Sukau kekal mantap serta bersedia menghadapi pilihan raya itu nanti.

LEAVE A RESPONSE