Read Time:2 Minute, 3 Second
KUALA LUMPUR, — YTL Communications hari ini melakar sejarah apabila menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia melancarkan teknologi 5G Advanced secara komersial melalui jenama perkhidmatannya, Yes, menjadikan langkah ini satu lonjakan besar dalam ekosistem rangkaian mudah alih negara.
Pelaksanaan 5G Advanced itu telah bermula di Lembah Klang dan dijangka siap di seluruh negara menjelang Disember 2025, dengan objektif menyediakan liputan lebih luas dan stabil, prestasi rangkaian lebih pantas serta sambungan mesra AI bagi kegunaan pengguna dan perniagaan.
Pelancaran tersebut diadakan sempena acara Yes Presents: The Future First Tech-Talk, yang memperlihatkan demonstrasi teknologi baharu termasuk kelajuan muat turun dan muat naik terpantas, kependaman ultra rendah, serta buat pertama kali di Malaysia — Advanced Network Slicing yang mengutamakan trafik berdasarkan Quality of Service (QoS) bagi menjamin sambungan konsisten di seluruh rangkaian 5G Yes kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata Dengan 5G Advanced, rakyat Malaysia dapat menikmati liputan menyeluruh serta sambungan berprestasi tinggi yang menjadi asas kepada masyarakat bersedia AI
“Ini bukan sekadar peningkatan rangkaian; ia satu revolusi ”
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB), Datuk Azman Ismail, turut mengucapkan tahniah kepada YTL Communications atas pencapaian tersebut sambil menyatakan komitmen DNB untuk bekerjasama rapat dalam mempercepatkan pelaksanaan naik taraf 5G Advanced di seluruh negara menjelang hujung tahun.
Maklumat mengenai Tawaran dan Ciri Utama 5G Advanced
Liputan Terluas di Malaysia
Menggunakan integrasi jalur spektrum 700MHz dan 3500MHz, Yes 5G Advanced menawarkan liputan dalaman yang lebih kukuh serta sambungan suara melalui Voice over New Radio (VoNR) dengan prestasi stabil dan pantas.
Dibina untuk Masa Depan AI
Melalui Advanced Network Slicing dan keupayaan pengoptimuman kendiri, Yes 5G Advanced membolehkan keutamaan trafik pintar secara masa nyata — memastikan pengalaman digital, industri dan AI generasi baharu dapat direalisasikan sepenuhnya.
Promosi dan Naik Taraf Percuma
Mulai hari ini, semua pelanggan pelan pascabayar dan jalur lebar tanpa wayar Yes akan menerima naik taraf automatik ke 5G Advanced tanpa caj tambahan dan tanpa pendaftaran baharu.
Bagi meraikan pelancaran ini, Yes turut memperkenalkan dua promosi istimewa:
Yes 5G Advanced Broadband Bundle — Data dan kelajuan tanpa had menggunakan peranti Yes Infinite Gateway MAX, hanya RM68 sebulan.
Yes Infinite+Advanced Phone Bundle — Penjimatan sehingga RM3,999 untuk peranti terkini seperti Samsung Galaxy S25 dan Nothing Phone (3), termasuk pilihan jenama seperti Honor, Vivo, Xiaomi dan ZTE, dengan manfaat tambahan seperti aksesori percuma, jaminan lanjutan dan rebat bil.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di https://www.yes.my/yes-5g-advanced-uncapped.