Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Yayasan Sabah santuni 40 asnaf, perkukuh silaturahim di Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 6 Second

LAHAD DATU: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melalui Zon Pantai Timur Selatan terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat apabila menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Zon bersama komuniti sekitar sempena Ramadan.

Majlis yang berlangsung di Surau Mahallu Taalum, Kampung Segama Batu 8 itu dihadiri Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Zulkhairi Ismail yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah dan Pengurus Besar Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn. Bhd. Choon Chun Hong

Dalam ucapannya, Zulkhairi merakamkan penghargaan kepada Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn. Bhd. atas kerjasama menjayakan majlis berkenaan, sekali gus mencerminkan sinergi erat antara agensi dan sektor korporat dalam menyantuni masyarakat.

Beliau berkata, penganjuran program seumpama itu merupakan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam mendekati rakyat menerusi inisiatif kemasyarakatan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Majlis seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara agensi dan masyarakat, malah menjadi platform untuk menyantuni golongan yang memerlukan,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn. Bhd. turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 40 penerima asnaf, manakala KYS menyumbang wang tunai kepada pihak surau bagi menyokong aktiviti keagamaan dan kebajikan setempat.

Program turut diisi dengan tazkirah Ramadan serta solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah sebelum para hadirin menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan.

Penganjuran majlis itu mencerminkan komitmen berterusan KYS dalam memainkan peranan aktif memacu pembangunan sosial dan kemasyarakatan, selaras aspirasi membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

LEAVE A RESPONSE