Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tiga penjawat awam direman disyaki terima rasuah RM500,000


TAWAU: Tiga penjawat awam sebuah agensi penguatkuasaan di sebuah daerah di Sabah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.

Perintah reman sehingga 22 April itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Tawau, pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan antara jam empat hingga lima petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Tawau.

Katanya, siasatan awal mendapati semua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua pegawai dan seorang anggota penguat kuasa dipercayai menerima wang rasuah melalui pemindahan ke akaun bank peribadi masing-masing, selain bayaran bulanan antara kira-kira RM500 hingga RM30,000 daripada beberapa syarikat kenderaan berat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

LEAVE A RESPONSE