Read Time:1 Minute, 31 Second
Oleh J. Evachel John
BELURAN: Sebanyak 24 calon disahkan bertanding bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.
Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roger Appolonius, di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Beluran selepas semua borang pencalonan diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
Kesemua calon terdiri daripada calon baharu serta figura yang sudah dikenali ramai, menjadikan persaingan kali ini menarik untuk diperhatikan.
Bagi DUN Telupid, seramai sembilan calon bertanding bagi merebut sokongan pengundi, manakala Sugut menyaksikan pertandingan tujuh penjuru. DUN Labuk pula mencatatkan lapan calon.
Berikut adalah senarai penuh calon bagi setiap DUN:

N.47 TELUPID
- Jonnybone J Kurum – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
- Jamin Bin Jamri – Perikatan Nasional (PN)
- Simah Binti Matusip – Parti Warisan Sabah (Warisan)
- Pagrios @ Petrus Bin Zabang – Parti Bangsa Malaysia (PBM)
- Michel Alok – Parti Impian Sabah (PIS)
- Felix Joseph Saang – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko)
- Nilis Joseph – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)
- Jikmariya Binti Muran – Parti Solidariti Tanah Airku (Star)
- Benedict Asmat – Barisan Nasional of Malaysia (BN)

N.48 SUGUT
- Rosely Bin Lajun – Parti Impian Sabah (PIS)
- Dr Ronald Kiandee – Perikatan Nasional (PN)
- Roger Bin Langgau – Bebas (Kunci)
- Aspah Abdullah Sani – Parti Warisan Sabah (Warisan)
- Hassan Bin Mentiak – Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
- Mohammad Arifin Bin Pachuk – Barisan Nasional Of Malaysia (BN)
- Datuk James Ratib – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

N.49 LABUK
- Marx Henry Lim – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)
- Asmad Bin Nasir – Perikatan Nasional (PN)
- Nuralizah Lee Abdullah – Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
- Joseph Bin Emus – Parti Impian Sabah (PIS)
- Samad Bin Jambri – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
- Norfadzlina Binti Ramsah – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko)
- Yusoflatif Bin Mustapah – Barisan Nasional of Malaysia (BN)
- Japar Bin Awang – Parti Warisan Sabah (Warisan)






