Read Time:2 Minute, 14 Second
PENAMPANG: Pasukan dari Kinarut, Team Ramp Bow dan Team GeramBeat, muncul antara pencabar terbaik apabila mengungguli acara migazat dukug atau tarik tali dalam Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026.
Dalam kategori lelaki terbuka (680kg), Team Ramp Bow muncul juara selepas menewaskan pencabar lain. Tempat kedua dimenangi Team Sixth 7 Tow dari Penampang, manakala Team Reborn dari Kota Marudu menduduki tempat ketiga.
Bagi kategori wanita terbuka (560kg), Team GeramBeat berjaya merangkul kejuaraan, diikuti Team Dinamik Women Puller dari Kota Marudu di tempat kedua dan Team Tambunan di tempat ketiga.
Sementara itu, kategori lelaki terbuka (Open Weight) menyaksikan Team Sixth 7 Tow dari Penampang muncul juara. Tempat kedua menjadi milik Team Rudal D9 dari Limbang, manakala Team GeramBeat menamatkan saingan di tempat ketiga.
Dalam acara mipulos atau gusti lengan, kategori lelaki remaja bawah 18 tahun menyaksikan Nathanael Evander Sooyon muncul juara selepas menewaskan Crist Yuan Zone pada perlawanan akhir. Mohd Amir Fahmi dan Alther Adler berkongsi kedudukan tempat ketiga.
Bagi kategori lelaki 85 kilogram ke atas, Radical Randie Mu berjaya meraih gelaran juara. Jordan Luke Chin menduduki tempat kedua, manakala Ronald Janssen Mansuet dan Frankie Petrus berkongsi tempat ketiga.
Jaguh gusti lengan negara, Joyce Heng Shu Xia, turut membuktikan kehebatannya apabila menjuarai kategori wanita 60 kilogram ke atas. Amyley Wilson meraih tempat kedua, sementara Fredda Beniji Freddy dan Edith Lojuyo berkongsi kedudukan ketiga.
Dalam kategori wanita 59 kilogram ke bawah pula, Nicole Amanda Jiral muncul juara, diikuti Vivie Victor di tempat kedua. Christine Mary Jeffrey dan Rita Langap berkongsi tempat ketiga.
Bagi kategori lelaki 85 kilogram ke bawah, Raymond Wong muncul juara, manakala Larry Bernad berada di tempat kedua. Nicky Cheah dan Wilson Chong berkongsi tempat ketiga.
Kategori lelaki 70 kilogram ke bawah pula dimenangi Victor Larry, diikuti Mohd Shafiq Nikson di tempat kedua dan Aldrian Izac Edmond di tempat ketiga.
Acara gusti lengan turut dimeriahkan dengan kategori veteran 45 tahun ke atas yang menyaksikan Jolly Johnson muncul juara. Oliver Joseph menduduki tempat kedua, manakala Esmond Ampilah berada di tempat ketiga.
Turut berlangsung ialah penyampaian hadiah bagi beberapa acara sukan tradisi lain termasuk manandus (membujak), monopuk (menyumpit), sipatu tompulalanggoi (terompak gergasi) dan tumutu (memproses padi).
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, bersama Pembantu Menteri Pembangunan Belia dan Sukan serta Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu, di Dewan SMK Bahang, di sini,
Untuk rekod, Sukan Tradisi Pesta Kaamatan 2026 mempertandingkan 10 acara tradisional iaitu tarik tali, gusti lengan, melastik, menyalakan api, rampanau, menjerat kerbau, membujak, menyumpit, terompak gergasi dan memproses padi.
Sebahagian acara tersebut telah berlangsung sejak hari pertama penganjuran mengikut kategori masing-masing.






