Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

SSA raih tempat kedua IPSC kebangsaan

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Pasukan menembak Sabah Shooting Association (SSA) semakin menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih tempat kedua kategori Production dalam Kejohanan Menembak IPSC Piala DSS 2025 Level 2 yang berlangsung baru-baru ini di Putrajaya.

Ketua Pasukan, Jeson Yong berkata, kejayaan ini adalah bukti bahawa pasukan menembak dari Sabah mampu bersaing dengan pasukan elit agensi keselamatan seperti Gerup Gerak Khas (GGK) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kami sangat bangga kerana telah memecahkan dominasi pasukan keselamatan dalam kejohanan ini, dan ia menunjukkan bahawa penembak-penembak dari kelab swasta juga berpotensi besar,” katanya.

Namun, Jeson mengakui perjalanan mereka tidak mudah apabila menghadapi cabaran besar seperti reka bentuk litar menembak yang sangat taktikal dan memerlukan teknik tinggi termasuk penggunaan tangan bukan dominan (weak hand).

“Kami terpaksa membuat persiapan rapi dari segi latihan dan mental, selain menanggung kos sendiri untuk menyertai pertandingan ini,” tambahnya.

Selain kejayaan berpasukan, Jeson juga meraih tempat ketiga dalam kategori individu di kejohanan LEIOS IPSC Open awal tahun ini, memperkukuh reputasinya sebagai penembak terkemuka Sabah.

Jeson berharap agar lebih ramai penembak Sabah mendapat peluang bertanding di luar negeri bagi menimba pengalaman dan meningkatkan kemahiran mereka.

Beliau juga menyambut baik cadangan untuk menganjurkan kejohanan IPSC Level 2 di Sabah tahun depan.

“Kami mahu membangunkan sukan menembak di Sabah agar lebih kompetitif dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan 121 penembak dari seluruh negara, menandakan minat yang semakin meningkat terhadap sukan menembak sukan lasak ini.

Pasukan SSA terdiri daripada Jeson Yong, Carlson Cassey Alipin, Azlin Mohi dan Azlina Azizan, masing-masing memberi sumbangan penting dalam kejayaan pasukan. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE