Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Sambutan ke-50 tahun Persatuan Setiausaha Sabah 26 Oktober ini

KOTA KINABALU: Persatuan Setiausaha Sabah (SAS) akan menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ke-50 tahun pada 26 Oktober nanti.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Maria Melvin Jaikul berkata, acara itu bertujuan meraikan sambutan yang ke-50 tahun selain menghargai sumbangan para ahli persatuan dalam aktiviti SAS, di samping mengeratkan silaturrahim di antara ahli lama dan baharu.

“Hari ini kita membuat kunjungan hormat kepada Toh Puan Faridah Tussin isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk menjemput beliau selaku penaung persatuan.

“Tujuan majlis makan malam ini adalah untuk menyampaikan penghargaan kepada ahli SAS, terutamanya mereka yang telah banyak menyumbang masa, tenaga, dan bakti kepada persatuan ini sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. 

“Penghargaan ini adalah tanda terima kasih kami atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Maria (tengah) semasa ditemui media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Toh Puan Faridah di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Rabu.

Mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh SAS, Maria berkata, beberapa program terutamanya  berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sudah dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tambahnya, seramai 160 orang telah berdaftar sebagai ahli SAS termasuk kakitangan kerajaan negeri, persekutuan dan swasta.

LEAVE A RESPONSE