Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang landa beberapa kawasan Sabah

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Sabah termasuk Pantai Barat, Pedalaman dan Sandakan berdepan kemungkinan berlaku ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan itu dijangka berlaku di beberapa daerah.

Di kawasan Pedalaman, daerah yang terlibat ialah Beaufort, Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Membakut, Keningau, Sook dan Tambunan.

Sementara itu, bagi Pantai Barat, kawasan yang terlibat ialah Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Putatan, Tuaran dan Kota Belud.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sandakan, iaitu Sandakan, Labuk dan Sugut serta Kinabatangan.

Selain Sabah, amaran ribut petir turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Limbang serta Miri dan Marudi, selain Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku selama lebih sejam.

Jabatan itu menjelaskan, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan keadaan cuaca buruk, khususnya ketika melakukan aktiviti luar dan ketika berada di kawasan yang terdedah kepada hujan lebat serta angin kencang.

LEAVE A RESPONSE