Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menunjukkan penguasaan di Parlimen Beluran selepas memenangi kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17.
Bagi DUN Telupid, Datuk Jonnybone J. Kurum yang berdepan pertandingan sembilan penjuru memperoleh majoriti 1,011 undi, sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya iaitu calon UPKO, Felix Joseph Saang yang mendapat 2,857 undi.
Keputusan itu membolehkan ketiga-tiga penyandang mempertahankan kerusi masing-masing.
Manakala Datuk James Ratib menang dalam pertandingan tujuh penjuru di DUN Sugut dengan 6,281 undi, meraih majoriti 2,783 undi.
James menewakan pencabar terdekat Datuk Ronald Kiandee (PN) yang memperoleh 3,498 undi.
Bagi kerusi DUN Labuk, Datuk Samad Jambri memperoleh 2,885 undi dengan majoriti 979 undi.
Samad yang berdepan saingan lapan penjuru menewaskan pencabar terdekat, Yusoflatif Mustapah (BN) yang memperoleh 1,906 undi.






