Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PRU Sabah : Beberapa jalan di Kota Belud ditutup mulai 6 pagi esok

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Polis Daerah Kota Belud akan melaksanakan penutupan dan lencongan beberapa laluan utama esok bagi memastikan kelancaran proses pengundian sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17 di Dewan Masyarakat Tun Said Bin Keruak.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, penutupan jalan akan bermula seawal 6 pagi dan berterusan sehingga proses pengundian selesai.

“Antara jalan yang terlibat adalah Bulatan Usia (Jalan simpang masuk ke Dewan Masyarakat Tun Said), Bulatan Aloi (Jalan simpang masuk ke Tokong), serta jalan simpang masuk ke bazar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini.

Shahrudin berkata, pihakya turut menasihati para pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di kawasan yang terlibat.

“Kita berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas demi memastikan kelancaran trafik sepanjang hari pengundian,” tambahnya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE