Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Piala Cabaran : Kejayaan ini adalah hasil kerja keras pemain – Garrido


Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Sabah FC kini berada dalam keadaan lebih baik menjelang aksi final kedua Piala Cabaran di Stadium Likas malam esok apabila sebahagian besar pemain utama kembali pulih daripada kecederaan, sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan untuk menghadapi perlawanan penting tersebut.

Ketua Jurulatih Sabah FC Juan Torres Garrido berkata, setakat ini tiada kecederaan baharu dilaporkan dan pasukan masih mempunyai satu sesi latihan terakhir sebelum perlawanan.

Beliau berkata, keadaan semasa pasukan jauh lebih baik berbanding perlawanan pertama apabila beberapa pemain terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

“Kini kami hampir memiliki skuad penuh, jadi pasukan lebih kuat. Kami juga telah menganalisis perlawanan terdahulu dan mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pra-perlawanan final Piala Cabaran di Stadium Likas di sini pada Sabtu.

Garrido berkata, para pemain telah bekerja keras sepanjang sesi latihan dan berada pada tahap persiapan yang baik untuk menghadapi cabaran final.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kemaraan ke satu lagi perlawanan akhir sebagai hasil usaha berterusan para pemain yang telah membawa pasukan ke tahap lebih baik sejak beberapa musim lalu.

“Terdapat beberapa perubahan dalam skuad sejak Disember lalu, namun kejayaan ini adalah hasil kerja keras pemain, bukan hanya bergantung kepada jurulatih,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya sokongan penyokong yang disifatkan sebagai faktor penting dalam membantu pasukan, khususnya dalam perlawanan besar seperti final.

Sehingga pagi tadi, lebih 11,000 tiket telah terjual dan ia mencerminkan sokongan padu peminat terhadap pasukan yang kini memburu kejuaraan musim ini.

Pada perlawanan akhir pertama di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Sabah mencatat keputusan seri 1-1 kepada Penang FC- SABAH MEDIA 

LEAVE A RESPONSE