Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Perbadanan Pinjaman Sabah disaran perkasa peranan sebagai pemangkin ekonomi

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pinjaman Sabah yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Charles Peter Mojuntin di pejabatnya, pada Selasa.

Dalam pertemuan itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa perbadanan termasuk prestasi kewangan, inisiatif pembiayaan serta perancangan strategik dalam menyokong pembangunan ekonomi negeri.

Masidi menyambut baik usaha berkenaan dan menegaskan kepentingan tadbir urus yang baik serta pengurusan kewangan berhemah bagi memastikan agensi itu terus relevan dan memberi impak positif kepada Sabah.

Beliau turut menasihatkan agar perbadanan berkenaan sentiasa mengutamakan integriti, ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan, di samping memastikan setiap inisiatif pembiayaan memberi manfaat jelas kepada kumpulan sasar.

Menurutnya, Perbadanan Pinjaman Sabah perlu terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi negeri melalui pelaksanaan program pembiayaan yang inklusif dan mampan.

LEAVE A RESPONSE