Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Operasi bersepadu: JPJ Sabah sita kenderaan perdagangan

PAPAR: Sebuah kenderaan perdagangan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah dalam rondaan operasi bersepadu di laluan utama Pan Borneo.

Tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan dipandu oleh seorang warga asing yang tidak memiliki lesen memandu yang sah serta Lesen Vokasional (GDL).

JPJ Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, notis saman dikeluarkan kepada pemandu, manakala kenderaan terbabit dibawa ke Pejabat Stesen Penguatkuasa Kimanis (SPK) untuk tindakan lanjut.

“JPJ Negeri Sabah melalui Stesen Penguatkuasa Kimanis mempergiatkan penguatkuasaan melalui Ops Patuh, Ops Pewa, Ops Luxury, Ops Kenderaan Perdagangan dan Ops Lebih Muatan di laluan utama Pan Borneo.

“Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang, membanteras pemanduan berisiko serta melindungi keselamatan semua pengguna jalan raya,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

JPJ Negeri Sabah menegaskan bahawa pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran undang-undang jalan raya.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan demi mewujudkan ekosistem pengangkutan darat yang selamat dan teratur,” katanya.

LEAVE A RESPONSE