Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

MOSTI pantau cahaya terang di ruang udara Sabah, tiada serpihan dikesan

KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan menerima maklumat awal berhubung laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam Khamis lalu.

MOSTI menerusi Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) berkata, pihaknya kini sedang menjalankan pemantauan secara aktif dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Menurut kenyataan MOSTI, setakat ini tiada laporan rasmi diterima mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket sama ada di daratan mahupun perairan.

“BPAngkasa mengesahkan telah menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam 4 Jun 2026.

“Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan,” menurut kenyataan itu di sini pada Ahad.

MOSTI turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin ditemui dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat terus kepada BPAngkasa melalui talian 03-8885 8685 atau e-mel [email protected].

Dalam masa sama, MOSTI menyeru masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut dan mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran rasmi. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE