Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Lelaki tukar pengakuan, kini nafikan rogol adik kandung

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan merogol adik kandungnya telah menukar pengakuan kepada tidak bersalah hari ini.

Tertuduh, 23 tahun menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal ketika ketika kes itu disebut semula untuk tujuan hukuman.

Pada 31 Oktober lalu, tertuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, namun hukuman ditangguhkan ke hari ini sementara menunggu fakta kes.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang pada ketika itu berusia 15 tahun di dalam sebuah rumah pekerja di daerah Putatan, pada Disember 2021, sekitar jam 8 malam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 November ini sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM).

Tiada jaminan dibenarkan dan tertuduh diperintahkan untuk terus ditahan reman sehingga kes selesai.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/10/31/abang-rogol-adik-dijangka-ketahui-hukuman-4-november/

LEAVE A RESPONSE