Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Lelaki Ditahan, Cabul dan Cederakan Pelajar Perempuan di Jalan Kuhara – Sabah News

TAWAU: Polis menahan seorang remaja lelaki disyaki mencabul dan mencederakan seorang pelajar perempuan di kawasan kedai-kedai di Jalan Kuhara, minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau kira-kira jam 4 petang, semalam di tepi Bangunan Eastern Plaza, Jalan Kuhara.

“Siasatan mendapati pada 7 Ogos lalu, kira-kira jam 4 petang, mangsa yang berusia 18 tahun berjumpa dengan suspek di kawasan kedai-kedai Jalan Kuhara selepas berkenalan melalui telefon. Suspek kemudian mengajak mangsa ke hotel, namun mangsa menolak.

“Suspek bertindak agresif dengan memaksa dan menumbuk mangsa di bahagian lengan dan perut, menyebabkan lebam serta kesakitan,” katanya.

Menurutnya, hasil penangkapan tersebut membawa kepada rampasan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux beserta kunci kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian.

Tambah beliau, suspek warga tempatan berusia 17 tahun direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Ujarnya, polis menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada, khususnya ketika berurusan dengan individu yang baru dikenali dan segera membuat laporan sekiranya menjadi mangsa jenayah.

LEAVE A RESPONSE