Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Lebih 500 hadir Perhimpunan Free Palestine UMS

KOTA KINABALU : Lebih 500 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) terdiri dari kakitangan dan pelajar serta masyarakat setempat menghadiri Perhimpunan Free Palestine Alumni UMS di sini pada Selasa.

Perhimpunan yang berlangsung di Dewan Canselor UMS itu turut dihadiri Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Hadir sama lima alumni UMS yang menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Heliza Helmi; Johan Muhammad; Nadir  Al-Nuri; Sul Aidil dan Khairul Yunus.

Antara pengisian pada perhimpunan itu adalah deklamasi puisi solidariti; sesi perkongsian wira alumni GSF dan persembahan lagu kemanusiaan.

Kasim ketika berucap berkata, semangat Sumud yang dibawa para alumni terlibat dalam pelayaran GSF harus menjadi inspirasi kepada seluruh warga UMS.

Katanya, semangat Sumud bermaksud tekad untuk menuntut ilmu dengan sabar, gigih dan ikhlas demi masa depan yang lebih baik.

“Bagi pensyarah, semangat Sumud bermaksud kesungguhan dalam mendidik, membimbing dan menyalakan api ilmu meskipun berdepan cabaran.

“Dan bagi warga pengurusan, keteguhan dan keikhlasan dalam mengurus, menjaga kebajikan pelajar dan menyumbang kepada kesejahteraan universiti dengan penuh amanah merupakan semangat Sumud yang sebenar,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

LEAVE A RESPONSE