Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Krismas dirai meriah, rumah terbuka perkukuh keharmonian

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh J Evachel John

BELURAN: Walaupun jauh dari bandar besar, sambutan Krismas di Kampung Kuala Sapi, Beluran, tetap diraikan dengan penuh kemeriahan menerusi tradisi rumah terbuka dan amalan kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat setempat.

Suasana perayaan jelas dirasai apabila hampir setiap kediaman dihiasi lampu berwarna-warni serta pokok Krismas, sekali gus mewujudkan suasana ceria dan menjadi latar utama para tetamu merakam gambar kenangan bersama keluarga dan orang tersayang.

Bagi kebanyakan keluarga Kristian, sambutan Krismas yang diraikan pada malam 24 Disember dan kelmarin (25 Disember) menjadi detik istimewa untuk berhimpun bersama keluarga, selain menikmati hidangan bersama selepas menghadiri upacara keagamaan di gereja.

Suasana rumah terbuka Krismas di Kg. Kuala Sapi, Beluran. Foto ihsan Frandy Lim

Salah seorang tuan rumah, Francis Lim berkata tradisi rumah terbuka Krismas berperanan penting dalam mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan, khususnya apabila ahli keluarga mengambil kesempatan pulang bercuti ke kampung halaman sempena musim perayaan.

Menurut beliau, walaupun diraikan secara sederhana, sambutan rumah terbuka itu memberi makna besar bukan sahaja kepada keluarganya, malah kepada komuniti setempat, dengan menekankan nilai kebersamaan, perkongsian dan sukacita Natal.

“Rumah terbuka ini memberi peluang kepada keluarga yang pulang bercuti untuk berkumpul semula dan meraikan Krismas bersama-sama. Kami juga mahu berkongsi sukacita Natal dengan jiran dan rakan, serta mengeratkan hubungan dalam komuniti setempat,” katanya.

Para tetamu yang hadir turut dijamu dengan pelbagai hidangan termasuk soto, kuih-muih serta buah-buahan tempatan seperti bambangan, manggis, langsat, dan rambutan, yang menambah kemeriahan sambutan perayaan tersebut.

Sehingga lewat malam Khamis (25 Disember), tinjauan Sabah Media mendapati sambutan rumah terbuka itu masih berlangsung dalam suasana meriah.

Suasana rumah terbuka Krismas di Kg. Kuala Sapi, Beluran. Foto ihsan Frandy Lim

LEAVE A RESPONSE