Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Kes isteri jadi mangsa seksual disebut semula 9 April

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Kes membabitkan seorang suami yang didakwa bersubahat dengan rakan lelakinya melakukan perbuatan seksual terhadap isterinya sendiri akan disebut semula pada 9 April.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh itu bagi pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa laporan perubatan mangsa masih belum siap.

Ssuami berusia 35 tahun yang bekerja sendiri itu didakwa bersubahat dengan rakannya, dalam melakukan perbuatan seks menggunakan objek terhadap isterinya yang berusia 38 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 23 Januari tahun ini kira-kira jam 5.45 pagi di ruang tamu sebuah rumah di Tuaran.

Suami berkenaan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 377CA, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mahkamah yang sama menetapkan tarikh yang sama untuk pengurusan kes pra-perbicaraan bagi rakan lelaki itu, yang didakwa memasukkan jarinya ke dalam kemaluan wanita berkenaan pada masa dan tempat yang sama.

Lelaki berusia 34 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Kedua-duanya akan terus ditahan sementara menunggu kes mereka selesai.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis.

Untuk rekod, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing, pada 4 Februari lalu.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2026/02/04/isteri-jadi-mangsa-seksual-suami-dan-rakan-didakwa/

LEAVE A RESPONSE