Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Kerajaan Sabah Perkenal Skim Perlindungan Insurans Kepada 3.4 Juta Penduduk Sabah – Sabah News

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah yang bermesyuarat hari ini meluluskan Skim Insurans Berkelompok yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.5 juta penduduk tempatan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perlindungan insurans kemalangan (Personal Accident) ini adalah percuma kepada setiap penduduk yang layak.

“Perlindungan insurans ini akan dilaksanakan melalui syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah, Progressive Insurance Bhd, dimana lebih kurang 3.5 juta penduduk Sabah yang berumur antara satu bulan hingga 80 tahun secara automatik akan memperolehi insuran perlindungan diri secara percuma yang bernilai sehingga RM10,000, berserta faedah khairat kematian sebanyak RM500,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah beliau, sebagai permulaan, skim perlindungan percuma ini adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2028.

“Melalui proses tuntutan insurans yang cekap, sebarang tuntutan bayaran disalurkan kepada penerima dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap dikemukakan.

“Skim perlindungan insurans ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan Negeri Sabah menjaga kebajikan rakyat, di samping mengurangkan beban kewangan rakyat khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40,” jelasnya.

LEAVE A RESPONSE