Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Kenaikan tarif elektrik perlu selari dengan kestabilan perkhidmatan demi kebajikan rakyat Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah terus komited memastikan bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat di seluruh negeri.

Namun, menurut Ketua Penerangan Pusat Parti Liberal Demokratik (LDP), Nicholas Ban Wai Tzhing, sebarang semakan atau pelarasan tarif elektrik perlu dilaksanakan secara berhati-hati dan berimbang, khususnya ketika rakyat masih berdepan tekanan kos sara hidup.

Beliau berkata, rakyat mengharapkan agar usaha penambahbaikan sistem bekalan elektrik dapat dipercepatkan, terutama di kawasan yang masih mengalami gangguan serta ketidakstabilan bekalan.

“Kualiti perkhidmatan yang konsisten dan boleh dipercayai merupakan faktor penting dalam meningkatkan keyakinan pengguna terhadap sistem bekalan elektrik negeri,” katanya kepada Sabah Media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Nicholas menegaskan bahawa sebarang kenaikan tarif wajar diselaraskan dengan peningkatan ketara dari segi kestabilan perkhidmatan, perancangan yang jelas serta jaminan kepada pengguna.

Tambahnya, pendekatan berimbang ini penting bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara tanpa menjejaskan keperluan pembangunan jangka panjang sektor tenaga di Sabah.

“Secara keseluruhan, keutamaan utama adalah memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan sambil memperkukuh sistem bekalan elektrik Sabah secara mampan dan berdaya tahan untuk masa hadapan,” tegasnya.

LEAVE A RESPONSE