Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Kempen PRU Sabah mula rancak, GRS dijadual lancar manifesto petang ini

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Suasana kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17 di seluruh negeri mula rancak dengan pimpinan nasional, negeri dan calon parti politik turun padang menyantuni pengundi di pelbagai lokasi.

Memasuki hari ketiga kempen pilihan raya pada Isnin, beberapa laluan utama sekitar Kota Kinabalu mula dihiasi poster dan bendera parti.

Antara bendera parti yang mula dipasang di sekitar Kampung Terawi Penampang – Foto Ivan Valens

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor pada Ahad turut meneruskan gerak kerja kempen di Tuaran dengan mengadakan pertemuan bersama masyarakat di Dewan Bajau Samah pada 11 pagi.

Dalam pertemuan itu, Hajiji berkata, GRS meletakkan asas kukuh melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 untuk memacu Sabah menjadi sebuah negeri yang unggul dan disegani di negara ini.

“Kita memerlukan mandat baharu daripada rakyat supaya kita dapat meneruskan perancangan untuk menjadikan Sabah setanding dengan negeri-negeri lain, jika yang terbaik di negara ini,” katanya.

Antara bendera parti yang dipasang sekitar Kampung Terawi Penampang. – Foto Ivan Valens

Petang ini, Hajiji dijadual akan melancarkan Manifesto GRS PRU DU Sabah ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.

Secara keseluruhannya, 596 calon disahkan bertanding di 73 kerusi DUN pada PRU DU Sabah ke-17 dengan GRS meletakkan calon 55 kerusi; PH 22 kerusi dan BN di 45 kerusi.

Untuk berita-berita terkini tentang PRU DU Sabah ke-17 , boleh melayari https://prnsabah.sabahmedia.com/home – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE