KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyampaian tiga bayaran dividen sebelum Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah di Menara Kinabalu, pada Khamis.
Bayaran dividen pertama adalah daripada Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM4.08 juta.

Replika cek disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.
Bayaran dividen kedua adalah daripada ICSB kepada syarikat induknya, Yayasan Sabah, berjumlah RM168,299,994.90.

Ia disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya kepada Ghulamhaidar.
Bayaran dividen ketiga adalah daripada Innoprise Plantations Berhad kepada syarikat induknya, ICSB, berjumlah RM45,689,187.33.






