Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Gagasan Rakyat Petagas yakin GRS terima mandat baharu selepas PRN17

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Petagas yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu memperoleh mandat baharu daripada rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata, keyakinan itu adalah selaras dengan kejayaan signifikan yang dicapai sepanjang lima tahun pemerintahan Kerajaan GRS bersama Pakatan Harapan (PH).

Katanya, amanat Pengerusi GRS pada majlis pelancaran jentera parti pada Ahad lalu berjaya menyuntik aura perpaduan khususnya dalam kalangan rakyat Sabah yang mengutamakan kepentingan parti tempatan dan gabungan lokal sebagai peneraju kerajaan negeri.

“Dalam ucapannya Pengerusi GRS, (Datuk Seri Hajiji Noor) menegaskan bahawa kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi sepanjang lima tahun ini merupakan bukti kukuh bahawa GRS layak menerima mandat baharu untuk terus memimpin Sabah.

“Pengerusi GRS turut menyeru seluruh bahagian GRS supaya bersiap siaga dan memperkemaskan jentera pilihan raya agar mampu memenangi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bahagian masing-masing.

“Perpaduan dan kekuatan jentera dari setiap bahagian adalah kunci untuk memastikan kemenangan keseluruhan,” katanya.

Isquzawan berkata, Gagasan Rakyat Petagas turut menyatakan kesiapsiagaan penuh dalam membentuk dan menggerakkan jentera pilihan raya termasuk sayap parti Wanita, Pemuda dan Beliawanis.

Menurutnya, bahagian itu optimis bahawa dengan peluang dan mandat yang diberikan kepada calon GRS mewakili Gagasan Rakyat Petagas, sebuah kerusi penting akan disumbangkan untuk membantu membentuk kerajaan negeri Sabah yang stabil dan berwibawa.

“Kami di Petagas bersedia memberi sokongan penuh dan akan memastikan kemenangan calon GRS di kawasan kami,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE