Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Dua syarikat didenda import limau mandarin mengandungi racun perosak

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Dua syarikat didenda oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengimport limau mandarin yang mengandungi residu racun perosak melebihi had yang dibenarkan.

LLS Fresh Fruits Marketing Sdn Bhd didenda RM6,500, manakala Lo Siew Lin Sdn Bhd dikenakan denda RM1,600 selepas wakil kedua-dua syarikat mengaku bersalah pada Selasa.

Dalam kes pertama di hadapan Majistret Marilyn Kelvin, LLS Fresh Fruits Marketing Sdn Bhd didapati mengimport makanan “Fresh Mandarin” yang mengandungi residu racun perosak Chlorpyrifos pada kadar 0.041 miligram bagi setiap kilogram (mg/kg) di premisnya di daerah Penampang, pada 15 Januari lalu jam 11.10 pagi.

Perbuatan itu melanggar Peraturan 41(3)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana mengimport makanan yang mengandungi 0.01 mg/kg atau lebih residu racun perosak yang tidak dinyatakan bagi makanan tersebut dalam Jadual Keenam Belas atau Codex Alimentarius.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta yang sama.

Seksyen 13B(4) Akta Makanan 1983 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan, Adrian Adrin.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, Lo Siew Lin Sdn Bhd turut melakukan kesalahan yang sama.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan didapati mengimport makanan “Fresh Mandarin” yang mengandungi residu racun perosak Chlorpyrifos pada kadar 0.035 miligram bagi setiap kilogram (mg/kg) di premis Lo Siew Lin Sdn Bhd, Jalan Tuaran, pada 28 Januari lalu, jam 1.30 petang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan, Sobrin Supin.

LEAVE A RESPONSE