ADUN, jentera parti GRS, penduduk DUN Sulaman hadir ke Majlis Kesyukuran Ketua Menteri di Kg Serusup
TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengadakan Majlis Kesyukuran Ketua Menteri di kediamannya di Kampung Serusup, di Tuaran, pada Jumaat.

Majlis diserikan bersama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, mereka bersalaman dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Semua jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan penduduk dari kawasan DUN berkenaan turut hadir memeriahkan majlis itu.
Majlis itu turut dihadiri oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antaranya ADUN Labuk, Datuk Samad Jambri yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar; ADUN Dilantik yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; dan ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali.






