Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Liga Super : Sabah FC mahu teruskan momentum positif di Kelantan

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC tidak mahu mensia-siakan peluang untuk meneruskan rentak positif apabila berdepan Kelantan Red Warrior FC malam ini dengan sasaran membawa pulang tiga mata penuh.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido berkata, meskipun pasukannya hadir dengan keyakinan selepas memperoleh keputusan memberangsangkan dalam dua perlawanan terakhir, mereka tetap perlu memberikan perhatian serius terhadap cabaran yang bakal diberikan lawan.

Katanya, Kelantan Red Warrior FC mempunyai motivasi tersendiri untuk mencatat kemenangan, lebih-lebih lagi apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Beliau menegaskan, Sabah FC tidak menganggap diri mereka sebagai pasukan pilihan dan tidak akan mengambil mudah keupayaan mana-mana lawan.

“Kami tidak menganggap diri sebagai pasukan pilihan. Kami tidak pernah memandang rendah kemampuan pihak lawan. 

“Kami akan beraksi di tempat lawan menentang pasukan yang begitu bersemangat untuk menghadiahkan kemenangan dan mata kepada penyokong mereka sendiri,” katanya.

Menurutnya, setiap pemain perlu mempamerkan kemampuan sebenar di atas padang serta memastikan komitmen pasukan berada pada tahap terbaik bagi mencapai keputusan yang disasarkan.

Dalam pada itu, Garrido berharap penyokong terus memberikan sokongan kepada Sabah FC, khususnya menjelang tiga perlawanan penting di Stadium Likas sebelum penghujung tahun ini.

Sabah FC bakal menerima kunjungan Selangor FC pada 28 November, diikuti Melaka pada 5 Disember dan Kuala Lumpur City FC pada 11 Disember depan.

Beliau berharap persembahan meyakinkan dan keputusan positif dalam perlawanan berkenaan dapat menjadi hadiah terbaik buat penyokong The Rhinos.

LEAVE A RESPONSE