Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Hajiji hargai khidmat bakti Jauteh sepanjang berkhidmat dalam PDRM

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Jauteh akan bersara wajib pada 11 November ini selepas menabur bakti lebih 32 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pertemuan itu, Hajiji merakamkan penghargaan atas segala khidmat bakti dan sumbangan Jauteh sepanjang berkhidmat dalam PDRM, khususnya dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah sentiasa terpelihara.

Beliau turut berharap hubungan erat dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan PDRM akan terus diperkukuh bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

Sementara itu, Jauteh turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Hajiji atas sokongan berterusan dalam memperkukuh prasarana dan kemudahan logistik PDRM Kontinjen Sabah.

Katanya, sokongan Kerajaan Negeri, khususnya melalui penyediaan tapak tanah, membolehkan pembinaan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu di Kalabakan dan Nabawan dimulakan menerusi majlis pecah tanah di kedua-dua lokasi berkenaan.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan khas bagi menaik taraf 20 pondok polis di seluruh Sabah, sekali gus meningkatkan kemudahan prasarana dan keupayaan operasi pasukan keselamatan itu.

Menurut Jauteh, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dengan PDRM juga banyak membantu menangani pelbagai isu keselamatan, selain mempercepatkan penyediaan kemudahan prasarana dan logistik bagi memperkukuh keupayaan pasukan di Sabah.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih bagi pihak PDRM Sabah kepada Ketua Menteri atas sokongan penuh yang diberikan sepanjang saya berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah,” katanya.

LEAVE A RESPONSE