Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

25 PBT di Sabah bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut

Read Time:1 Minute, 8 Second

MEMBAKUT: Sebanyak 25 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sabah bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) menerusi beberapa siri perbincangan dan penyelarasan persediaan di peringkat kementerian serta daerah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, persediaan itu membabitkan semua PBT bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan sekiranya berlaku bencana sepanjang musim berkenaan.

Katanya, Setiausaha Tetap (SUT) kementerian akan mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi membincangkan langkah kesiapsiagaan, khususnya melibatkan PBT di seluruh negeri.

“Beliau (SUT) akan memanggil mesyuarat. Sebelum ini, beberapa sesi perbincangan juga sudah diadakan dalam kalangan kementerian bagi menghadapi perkara ini, khususnya membabitkan PBT di seluruh Sabah.

“Insya-Allah, kita bersedia untuk tujuan berkenaan dan mereka juga sudah beberapa kali mengadakan perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pesta Ambuyat di sini pada Ahad.

Menurutnya, setiap daerah turut mempunyai jawatankuasa bencana masing-masing yang dikendalikan pegawai daerah bersama presiden PBT bagi menyelaras tindakan menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, usaha persediaan itu penting bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa diberi keutamaan, terutama di kawasan yang berisiko dilanda banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sebuah Pusat Perpindahan Kekal (PPK) dijangka dibangunkan di kawasan Membakut bermula tahun hadapan.

Katanya, kemudahan itu diluluskan Kerajaan Persekutuan sebagai antara usaha memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir di kawasan berkenaan.

Beliau turut menghargai usaha jawatankuasa pengurusan bencana daerah dalam memastikan persediaan menghadapi kemungkinan bencana dapat dilaksanakan dengan baik.

LEAVE A RESPONSE