Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Cedera abang ipar, ugut kakak, lelaki dipenjara 18 bulan

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mencederakan abang iparnya dan mengugut kakaknya.

Tertuduh, Wendy Doivit, 42, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan ketika dihadapkan di hadapan dua majistret berbeza.

Bagi kes di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, Wendy dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan kerana mencederakan abang iparnya yang berusia 48 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ganang, Kepayan, pada 22 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama,yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menendang mangsa, namun tendangan itu terkena ibu jari tangan kanan mangsa ketika dia cuba mempertahankan diri.

Tertuduh kemudian mengejar mangsa, tetapi mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana kesakitan sebelum seorang saksi membantu mangsa meninggalkan kawasan berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua, Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan terhadap Wendy kerana mengugut kakaknya yang berusia 49 tahun di lokasi sama pada 21 Oktober lalu.

Mengikut fakta kes, mangsa meminta tertuduh memperlahankan bunyi daripada telefon bimbitnya kerana bapa mereka sedang sakit. Bagaimanapun, tertuduh mengeluarkan kata-kata ugutan untuk mencederakan kakaknya.

Bagi kesalahan itu, Wendy didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan secara berasingan.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Esther Cynthia Jebon dan Akaash Singh.

LEAVE A RESPONSE