Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Belia Liawan diseru terus aktif dalam politik negeri – Annuar

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, turut hadir memeriahkan Program Jelajah PRN17 Sabah yang diadakan di Balai Belia Kampung Bariawa Tengah, baru-baru ini.

Program yang menghimpunkan lebih ratusan belia dari seluruh kawasan DUN Liawan itu menjadi platform bagi golongan muda berkongsi pandangan serta membincangkan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada mereka.

Pelbagai aktiviti santai turut diadakan, termasuk sesi dialog yang menyentuh topik pembangunan negeri, kesejahteraan belia dan hala tuju politik Sabah menjelang PRN17.

Dalam ucapan ringkasnya, Annuar menekankan pentingnya peranan belia dalam proses politik dan demokrasi negara.

“Terima kasih kepada semua belia yang hadir. Kehadiran anda membuktikan betapa pentingnya suara golongan muda dalam menentukan masa depan negeri kita,” katanya.

Program itu turut memberi peluang kepada belia untuk mengenali lebih dekat visi calon-calon PRN17 serta menyuarakan harapan mereka terhadap pembangunan kawasan masing-masing.

Acara berakhir dengan semangat juang tinggi yang mengeratkan hubungan komuniti dan menyemarakkan sokongan terhadap calon yang bakal bertanding kelak.

LEAVE A RESPONSE