Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Pengarah JIM Sabah ketuai operasi, 84 PATI ditahan

KOTA KINABALU: Seramai 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam kira-kira 15 operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah di lima daerah antara 5 hingga 8 Oktober lalu.

Operasi yang dijalankan di Tawau, Semporna, Sandakan, Keningau dan Kudat itu melibatkan pemeriksaan terhadap 293 individu.

Menurut JIM Sabah, operasi berkenaan diketuai Pengarahnya, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, bagi membanteras kehadiran PATI serta mengekang penyalahgunaan kemudahan imigresen.

Daripada jumlah yang ditahan, 51 orang merupakan warga Filipina, terdiri daripada 22 lelaki dewasa, 23 wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Turut ditahan ialah 28 warga Indonesia, masing-masing 14 lelaki dan 14 wanita dewasa.

Selain itu, tiga lelaki warga Pakistan, seorang lelaki warga India dan seorang wanita warga Vietnam turut ditahan.

JIM Sabah memaklumkan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan di lokasi strategik di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak melindungi, menggaji atau membantu warga asing yang melanggar undang-undang negara.

Sebarang kegiatan berkaitan PATI boleh dilaporkan kepada JIM Sabah melalui saluran rasmi Sistem Pengurusan Aduan.

LEAVE A RESPONSE